Senin, 16 Desember 2013

Video Penyelamat Turut Ditembak Tentera Mesir


Kita sedia maklum berkenaan krisis kepimpinan yang sedang berlaku di Mesir.

Pihak pemberontak yang juga penyokong Bekas Presiden Mohamed Morsi bertindak berani membantah arahan darurat selama sebulan yang dikeluarkan oleh kerajaan Mesir.

Menurut Ikhwanul Muslimin, pertempuran antara polis dan tentera terhadap penyokong Pro-Mohamed Morsi telah menyebabkan ribuan penduduk Mesir maut dalam serangan pada 14 Ogos lalu.

Dalam angka yang dikeluarkan kerajaan Mesir, lebih 600 maut dalam serangan tersebut.

Tentera dan polis Mesir dilihat bukan sahaja menggunakan senjata api dan juga gas pemedih mata, malah turut menggunakan jalan udara dengan melepaskan tembakan terhadap perusuh.

Dalam video yang kami kongsikan ini, sekumpulan lelaki dilihat cuba menyelamatkan seorang mangsa yang tercedera.

Kejadian tersebut dilihat berlaku di pusat perkhemahan penunjuk perasaan.

Salah seorang daripada kumpulan lelaki tersebut bertindak berani untuk menyelamatkan mangsa yang tercedera keluar daripada kawasan hitam.

Apabila dia berlari membawa mangsa yang tercedera, tiba-tiba terdengar satu das tembakan yang menyebabkan lelaki serta mangsa yang diselematkannya rebah.

Penyelamat itu dipercayai ditembak oleh tentera Mesir yang dikatakan cuba mengekang aktivis daripada terus bertindak berani menentang kerajaan.

Si penyelamat tidak mengacukan senjata api mahupun melontar batu.

Hanya mengangkat mangsa yang tercedera. Itu pun diserang.

Video tersebut kini sedang ‘viral’ di laman-laman sosial.

Semoga rakyat Mesir diberi perlindungan oleh Allah SWT atas segala kekejaman yang terhadap mereka.

Saksikan video tragik itu.
Oleh: HARITS ASYRAF


Tidak ada komentar:

Posting Komentar