Kamis, 26 Desember 2013
Ratusan sekolah di Thailand ditutup kerana 2 guru ditembak
myMetro
BANGKOK: Guru di wilayah selatan negara ini menggantung sesi pembelajaran di ratusan sekolah semalam selepas serangan bersenjata dilakukan terhadap dua pendidik minggu ini. Ia adalah tindakan kedua untuk menghentikan sesi pembelajaran di wilayah itu ekoran bimbang dengan tahap keselamatan.
Persatuan pendidik tempatan di Narathiwat, satu daripada tiga wilayah selatan yang menjadi sasaran kumpulan pemisah berkata, pihaknya menyeru semua sekolah kerajaan di kawasan itu ditutup selepas seorang guru ditembak mati Isnin lalu.
“Kami menuntut langkah keselamatan efektif untuk guru. Agensi kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap insiden ini,” kata pengerusinya, Sanguan Intarak sambil menambah persatuan terbabit akan memantau situasi itu sebelum membuka semula sekolah awal minggu depan. Chatsuda Nilsuwan, 32, yang ditembak mati ketika beredar dari sekolah menjadi pendidik ke-155 yang dibunuh di selatan Thailand yang menjadi sasaran kumpulan pemisah sejak hampir sembilan tahun lalu. - BP
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar