Sabtu, 01 Februari 2014

Dakwaan paip keluar angin tidak berasas

Harakahdaily 

Aslani M, 29 Apr 2013
KOTA BHARU: Dakwaan penduduk kononnya empat bulan mereka berdepan masalah tekanan air rendah di Kampung Pengkalan Nangka, Tumpat dianggap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tidak berasas.
Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanapi Mahmud berkata, tekanan air di kampung terbabit tidak menghadapi masalah sehingga sekarang.

“Kakitangan AKSB Tumpat datang ke kampung tersebut hari ini dan mendapati air keluar seperti biasa, tidak seperti didakwa seorang penduduk dalam sebuah akhbar hari ini.

“Gambar yang disiarkan dengan menyebut air tidak keluar sebenarnya di hadapan pos kempen BN di Kampung Pangkalan Nangka,” katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang penduduk, Che Mohd Irwan Abdul Latif mendakwa masalah tekanan rendah sering berlaku di Kampung Pengkalan Nangka pada waktu puncak.

Menurutnya apabila dibuka paip hanya keluar angin dan bil air tetap meningkat.

Ir Hanapi berkata, bekalan di Tumpat disalurkan daripada loji rawatan air di Kelar, Pasir Mas dengan kapasiti 18 juta liter padu sehari (MLD) sekarang.

Katanya, jumlah itu akan dipertingkatkan kepada 25 MLD selepas loji baru di Wakaf Bharu siap sepenuhnya.

Menurut beliau loji tersebut dijangka siap sepenuhnya pada Julai hadapan bagi meningkatkan lagi bekalan air kepada pengguna di seluruh jajahan Tumpat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar