Senin, 10 Maret 2014

Rakyat Malaysia SAH Antara 44 Penumpang Yang Terkorban Nahas Pesawat Di Laos


PETALING JAYA – Seorang rakyat Malaysia dari Pulau Pinang, Angelin Teh antara 44 mangsa yang dikhuatiri terbunuh dalam nahas pesawat terhempas di Pakse, selatan Laos pada Rabu.

Wanita itu dipercayai bekerja dengan sebuah firma guaman dan berkahwin dengan warga Amerika.

Mereka menetap di Laos sejak tiga tahun lalu.

Suaminya turut maut dalam insiden itu.

Kedutaan Malaysia di Laos mengesahkan rakyat Malaysia, Angelin Teh dalam senarai pesawat malang itu.

Bagaimanapun mangsa tidak mendaftarkan diri dengan pejabat kedutaan.

Seorang pegawai berkata, pihak kedutaan sedang menunggu maklumat lanjut dari syarikat penerbangan itu dan kerajaan Laos.- The Star

Tidak ada komentar:

Posting Komentar